Assalamualaikum.
Sekarang. Saat ini. Detik ini. Waktu ini. Masa ini. Hatiku bagaikan kaca yang jatuh ke bumi. Airmata berlinangan namun tetap ku tahan bagi mendapatkan kekuatan diri. Tiada siapa tahu dan tiada siapa ambil peduli tentang aku. Perasaan aku. Tiada siapa yang tahu. Mereka bergelak ketawa tapi aku tidak.
Lumrah kehidupan.
Kenangan kau dan aku masih tersemat dijiwa. Namun tidak pernah kau peduli. Apa boleh buat. Aku dan kau tiada apa-apa lagi. Terima kasih kerana memberi aku kebahagian yang sebentar. Namun penderitaan yang berpanjangan. Sebak hati ini. Menitis juga airmata.
Aku mahu kau yang dulu.
Kau yang banyak mengajar aku erti kehidupan. Kau seorang kawan yang memahami. Susah senang. Kau tahu semuanya. Tidak pernah kau mengeluh dengan kerenahku. Kau sabar. Tetapi tidak ku duga, tidak ku sangka. Kau dengan jalan hidup kau sendiri. Kau sudah cukup bahagia. Bahagia bersama kawan-kawan yang baru. Aku tidak layak. Ya. Aku tidak layak membuat kau bahagia seperti mereka semua. Terasa asing diri ini. Sekali lagi airmata menitis.
Engkau.
Kau berubah. Jelas. Ketara. Kau sudah berubah. Mana hati dan perasaan kau. Tidak berfungsi lagi. Walaupun kau tidak berniat tetapi hati yang mendengar sentiasa terguris dan diguris. Apa salah aku. Aku pun tidak tahu. Keliru. Semena-mena kau menyalahkan aku. Aku akur. Aku tunduk membisu. Tak terkata. Kau pengubatku di kala aku kekeliruan. Malah sekarang kau racun segalanya. Impian ku adalah memiliki mu. Noktah. Tetapi tidak tergapai. Kau sudah menghancurkan semuanya. Segalanya. Kenapa mesti berubah. Cukuplah dengan keegoaan kau itu. Sudahlah.
Truelove,
Anaa.